WALAUPUN masih bersedih dengan pemergian Datuk Seri Bung Moktar Radin, Umno hari ini menamakan Datuk Jafry Ariffin sebagai penggantinya.
Timbalannya pula ialah Datuk Mohd Hasnol Ayub manakala Samasuddin Yusop dilantik sebagai setiausaha Umno negeri Sabah.
Perlantikan itu dipersetujui presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam satu kenyataan ringkas, setiausaha agung Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata semua ahli Umno Sabah dan seluruh negara diminta memberikan kerjasama kepada barisan baharu itu, demi meneruskan kelangsungan Umno berkhidmat kepada rakyat.