- This event has passed.
Bengkel Komunikasi Strategik
April 21, 2019 @ 8:00 am - December 31, 2019 @ 5:00 pm

Bengkel Komunikasi Strategik (BKS) adalah program Jabatan Komunikasi Strategik mendidik ahli-ahli UMNO terutamanya bahagian penerangan dalam menggunakan media sosial sebagai medium komunikasi kepada kumpulan sasaran.
Setakat ini BKS telah diadakan diperingkat Wilayah Persekutuan/Selangor (21 April), Johor (2 Mei), Melaka / N.Sembilan (3 Mei), Pahang (4 Mei), P.Pinang (5 Mei) dan terbaru di Kedah (5 Jun) yang lalu.
Peserta bengkel didedahkan dengan pengunaan pelbagai medium dalam media sosial seperti Whatsapp, Facebook dan Instagram selain menjalani latihan membuat infografik dan penerbitan video pendek. Setiap peserta akan diberikan sijil BKS diakhir bengkel.